Header Ads

Serasi Sakit Juga Bersama

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya merupakan gambaran yang dapat disimpulkan bagi pelakon Datuk Zulkifli Zain, 70, dan Datin Normala Omar apabila keadaan kesihatan pasangan itu yang semakin merosot ketika ini.

Normala, 58, yang ditemui mStar Online dirumahnya pada Rabu bagaimanapun reda dengan ketentuan Allah terhadap kemalangan menimpanya baru-baru ini disaat suaminya diserang penyakit angin ahmar pada Januari lalu.

Menjelaskan keadaannya, Normala berkata, kaki kirinya patah akibat terjatuh daripada katil pada Ramadan lalu sehingga menyebabkan dia tidak boleh bergerak untuk menjaga suami.

"Saya terima apa yang berlaku ini sebagai dugaan dan ujian buat kami sekeluarga.

"Saya tidak sedih kerana sedar ada insan yang lebih teruk dugaannya daripada apa saya dan suami hadapi ini.

"Saya bersyukur sekurang-kurangnya kami masih diberi peluang untuk hidup bersama dan saling memberi kekuatan untuk pulih," ujarnya.

Normala ditemui di kediamannya di Denai Alam, di sini, Rabu. /*Professional Bloggerbuzz Author Box HTML Code*/

SIAPA ANTI FITNAH:

ANTI FITNAH คน ชอบ สิ่งที่ มีความเกี่ยวข้องกับ ความชั่วร้าย จึง บล็อกนี้ พยายามที่จะแก้ไข สิ่งที่ผิด


Jika'Sudi: Twitter | Facebook | Google Plus

4 comments:

Powered by Blogger.