Header Ads

The Fakers Fitnah Akmar Hisham 'Cuci Duit'

Poster fitnah


Selain difitnah ada hubungan terlarang dengan seorang gadis yang tidak berdosa, (kemudian terbukti hanya cerita rekaan The Fakers) Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham juga dituduh terlibat dalam kes 'mencuci duit' atau bahasa undang-undangnya penggubahan wang haram.

Ada sebuah kedai kopi milik junior beliau ketika zaman universiti dahulu, dijadikan kambing hitam dengan dituduh menjadi tempat Akmar Hisham mencuci duit.

Semua tuduhan ini adalah tidak berasas sama sekali. Sebetulnya, beliau tidak pernah melabur dalam perniagaan tersebut melainkan sekali sekala ke sana untuk bertemu sambil minum kopi bersama penggiat media sosial yang sering mahu berjumpa dengan beliau untuk membincangkan pelbagai isu semasa.

Setahu penulis, Akmar Hisham tentunya tidak mahu terlibat dengan apa-apa kegiatan yang menyalahi undang-undang berkaitan pengubahan wang haram kerana itu akan menjejaskan kedudukan beliau sebagai Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan penjawat awam.

Tidak seperti ketua pemfitnah yang menyerang beliau iaitu Parpukari yang dikatakan tidak bersekolah tinggi, Akmar Hisham diketahui lebih cermat dan berhati hati dalam melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan latar pendidikan beliau.

Apa yang nyata, sama seperti dakwaan mempunyai hubungan terlarang sehingga melahirkan anak luar nikah di atas, tuduhan yang ini pun (cuci duit) tidak ada bukti, hanya rekaan semata-mata. Tidak hairan kenapa tidak ada laporan dibuat mahupun siasatan dijalankan ke atas premis terbabit sehingga sekarang.

Malah The Fakers juga telah lesap menyembunyikan diri selepas menyedari mereka kini menjadi buruan polis serta penyiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) setelah lebih 10 laporan polis dibuat oleh beberapa pihak yang turut menjadi mangsa fitnah gila mereka.

Masalah dengan pembuat fitnah ini dia tidak berani menggunakan namanya atau nama Akmar Hisham dengan betul supaya tindakan undang-undang boleh diambil. Dia juga bijak menggunakan gajet-gajet Internet yang pelbagai untuk menutup perbuatannya dari dikesan pihak berkuasa.

Ini saja menunjukkan pemfitnah ini seorang yang penakut dan tidak berani berhadapan dengan Akmar Hisham di Mahkamah. Hanya tahu terima wang untuk memburuk-burukkan orang lain sahaja dan tidak berani menghadapi risiko dari perbuatannya.

Apa yang dia tahu hanya mereka cerita bohong, menulis kata-kata kesat, memaki hamun orang, mencarut dan sering menunjukkan sikap panas baran tak bertempat. Lebih memalukan, ada yag sanggup mengeluarkan kata -kata yang sangat hina dengan tanpa rasa segan bercakap mahu meniduri ibu kepada salah seorang mangsa fitnah mereka.

Inilah pemfitnah upahan yang takde kelas tapi mahu digunakan juga oleh orang lain termasuk dari Kem Mahathir yang salah satunya bertujuan untuk melemahkan jentera media Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana Datuk Akmar Hisham adalah antara penggerak penting yang selama ini berjaya menghancurkan serangan melalui media oleh jentera Kem Mahathir.


Fakers Pemegan Kunci Neraka Fitnah

/*Professional Bloggerbuzz Author Box HTML Code*/

SIAPA ANTI FITNAH:

ANTI FITNAH คน ชอบ สิ่งที่ มีความเกี่ยวข้องกับ ความชั่วร้าย จึง บล็อกนี้ พยายามที่จะแก้ไข สิ่งที่ผิด


Jika'Sudi: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Powered by Blogger.