Header Ads

Serangan Fitnah Ke Atas Akmar Hisham, Bagaimana Ia Bermula...



Antara Poster Fitnah Yang Disebarkan


Sekitar awal tahun ini, sekumpulan orang dipercayai dibayar pihak-pihak tertentu, memulakan serangan berbaur fitnah ke atas Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles dan beberapa orang lain yang diketahui mempunyai hubungan tugas dengan beliau.


Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai The Fakers ini, dipercayai diketuai oleh seorang blogger berasal dari Perak yang dikenali sebagai Parpukari ini giat menyebarkan fitnah kononnya Datuk Akmar mempunyai hubungan dengan seorang gadis yang dikenali di media sosial sebagai Mak Jemah.


Fitnah itu begitu hebat termasuk mendakwa Datuk Akmar mempunyai hubungan terlarang dengan gadis ini sehingga melahirkan anak!! Menurut sumber yang layak dipercayai, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali malah sangat MENGARUT. Datuk Akmar tidak pernah mempunyai hubungan intim dengan sesiapa tapi bidang tugas beliau memang memerlukannya untuk bergaul dengan ramai orang.


Penggiat media sosial juga tidak terkecuali.

Tidak hairan sehingga ke saat artikel in ditulis, tidak ada bukti sama sekali hubungan tersebut pernah terjalin.  Tiada bukti surat beranak dan tiada bukti rekod hospital. Melahirkan anak di negara ini adalah soal besar dan tidak boleh ditutup begitu sahaja, sekalipun dalam konteks hasil hubungan terlarang.  Rekod hospital, laporan di pejabat Pendaftaran Negara, adalah antara perkara yang dimaksudkan


Gadis yang berkenaan juga sudah membuat beberapa laporan polis, menafikan pernah mempunyai hubungan dengan Datuk Akmar Hisham atau  pernah melahirkan anak memandangkan beliau tidak pernah pun mengandung!! 


Ya tak ya juga, tak pernah mengandung macam mana pulak boleh melahirkan anak ye tak?  Hanya orang gila saja seperti The Fakers yang percaya orang tidak pernah melahirkan anak, mempunyai anak. Apatah lagi bila menuduh ada anak luar nikah pula.


--Bahagian Dua, Datuk Akmar difitnah terlibat dalam kegiatan 'mencuci duit'.

/*Professional Bloggerbuzz Author Box HTML Code*/

SIAPA ANTI FITNAH:

ANTI FITNAH คน ชอบ สิ่งที่ มีความเกี่ยวข้องกับ ความชั่วร้าย จึง บล็อกนี้ พยายามที่จะแก้ไข สิ่งที่ผิด


Jika'Sudi: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Powered by Blogger.