Kalau Cerdik, Jangan Percaya Poster Palsu Ini
Gambar di atas adalah poster fitnah yang disebarkan orang tidak bertanggungjawab yang mahu mencemarkan imej Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles.
Kononnya Datuk Akmar mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang jauh lebih muda lebih beliau. Tuduhan ini adalah tidak benar dan lebih kepada bertujuan jahat.
Sebagai antara orang yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal media Perdana Menteri, karekter Datuk Akmar sering diserang musuh-musuh politik Datuk Seri Najib berikutan kejayaan beliau menangkis persepsi jahat mengenai Perdana Menteri di media sosial.
Atas alasan itu sahaja Datuk Akmar menjadi sasaran penjahat-penjahat yang tidak diketahui identitinya ini.
Kepada kita yang mengaku cerdik, usah termakan dengan dakyah tidak bertanggungjawab seperti ini.
/*Professional Bloggerbuzz Author Box HTML Code*/


No comments: